GUNTOR Tobeng (empat dsari kanan) dan Dr. Azahan Awang (tiga dari kanan) bersama Dr. Qudratullah Rustam menunjukkan memorandum persefahaman yang ditandatangani antara UKMShape, Gading Eduventure dan IAIN Bone Makassar di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi.
BANGI: Gading Eduventure Sdn. Bhd. menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Agama Islam Negeri Bone Makassar (IAIN Bone Makassar) untuk meningkatkan kualiti pendidikan kedua-dua negara. Pengasas Gading Kencana Sdn. Bhd., Datuk Ir. Muhamad Guntor Tobeng berkata, Gading Eduventure sebagai rakan kongsi perniagaan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan membantu hala tuju pendidikan antara negara serantau. ”Melalui kerjasama ini, kami menganjurkan lawatan ke kampus di Indonesia untuk memberi peluang kepada pelajar…